fbpx

Jom Buat Sambal Sardin Untuk Lunch, Simple Tapi Rasa Sedap Tau

iCookAsia

Kalau boleh nak masak hidangan yang simple sahaja tapi sedap. Boleh cuba Sambal Sardin ni, mudah sahaja tapi rasa dia sedap. Jimat masa dan tenaga di dapur. Confirm bertambah nasi makan ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mawar Merah perkongsian resipi Sambal Sardin ini 🙂

Bahan-bahan:

Sardin botan

Halia diketuk (lebih lagi sedap)

Bawang merah + bawang putih + cili padi merah tumbuk (Bagi yang tidak suka pedas boleh tukar cili kering kisar)

Air asam jawa atau air limau nipis (Jangan kedekut biar hilang hanyir)

Bawang besar potong bulat, cili padi ketuk

Kentang digoreng

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan tumbuk atau cili kering kisar.
  2. Tumis sampai naik bau, masukkan halia ketuk, cili padi, sos sardin sampai mendidih.
  3. Kemudian, masukkan sardin air asam jawa, kentang, gaul-gaul manja jangan sampai sardin hancur.
  4. Apabila sambal sudah masak boleh masukkan bawang yang dipotong bulat letak sedikit garam atau perasa. Boleh dihidangkan,

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mawar Merah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x