Makan Sambal Sotong dengan nasi panas pun sedap juga. Apatah lagi, kalau hidangan tersebut pedas, memang lagi padu rasanya. Bagi sesiapa yang suka petai, pun boleh letak. Confirm puas hati.
Jom try.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
200 gram sotong
4 sudu besar Cili Boh
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar (Dipotong bulat)
Setengah labu bawang besar (Dikisar)
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
1 batang serai
Minyak untuk menumis
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar bawang besar sehingga lumat.
- Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi. Bahan tersebut boleh juga di mayang jika suka.
- Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak dengan api sederhana. Kemudian masukkan gula dan bawang besar yang dipotong.
- Apabila layu, masukkan bawang besar yang dikisar diikuti dengan serai yang telah diketuk dan sedikit garam. Kacau dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan sotong dan air asam jawa. Goreng sehingga kering.
- Hiaslah dengan cili merah dan daun sup jika suka.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity