fbpx

Jom Buat Resepi Kari Daging Versi Pekat Yang Dikongsikan Oleh Wanita Ini. Padu Rasanya

iCookAsia

Bagi peminat daging mesti cuba resepi ini. Dengan kepekatan kuahnya yang jadikan hidangan ini lagi mantap dan padu rasanya. Dapat makan pula dengan nasi panas, lagi nikmat. Tak cukup satu pinggan nasi sahaja kalau begini lauknya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mariana Zainal perkongsian resipi Kari Daging Versi Pekat ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 kg daging (Hiris nipis, jangan terlalu besar)

5 biji kentang (Potong ikut suka)

2 biji bawang besar (Hiris)

5 ulas bawang putih (Hiris)

1 inci halia (Hiris)

3 pcs bunga lawang

1 1/2 asam keping

1 kotak kecil santan ayam brand atau 3 cawan santan perahan pertama

1 sudu besar garam

1 sudu kecil gula

Sedikit bahan perasa

4 senduk minyak untuk menumis

Kalau nak lagi sedap, boleh tambah:

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Sedikit halia

Kisarkan dan tumis bersama bahan Pes

Bahan B (Pes):

5 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar serbuk cili

1/2 cawan air

3 tangkai daun kari

2 sudu besar kerisik

(sStukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan pes dan tumis hingga elok naik minyak dan rempah garing.
  3. Kemudian, masukkan santan kotak. Biarkan ia mendidih dan elok naik minyak atau bertakung dipermukaan.
  4. Masukkan pula daging dan perlahankan api, jangan letak air. Kacau-kacau sikit.
  5. Tutup permukaan kuali dengan tudung kuali. Teruskan masak guna api perlahan, pastikan bukan api paling kecil dan jangan guna api besar. Sesekali buka tudung kuali tersebut dan kacau. Tudungkan semula. Pastikan ikut tips ini untuk cepatkan daging empuk dan tidak mantul.
  6. Seterusnya, masak hingga daging empuk.
  7. Setelah empuk, boleh masukkan kentang dan semasa masukkan kentang, sudah boleh masak guna api besar.
  8. Akhir sekali, masukkan asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Jika suka berkuah masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x