fbpx

Jom Buat Resepi Jualan Ibu Kepada Wanita Ini, Mee Kari. Mesti Puas Hati Makan

iCookAsia

Best kan kalau dapat makan Mee Kari? Dengan pelbagai bahan diletakkan yang menjadikan hidangan ini lagi sedap dan menarik tau. Bukan itu sahaja, resepi yang Admin nak kongsikan hari ini adalah resepi jualan ibu kepada wanita ini tau, mesti padu rasa ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk MomverlouzDish Aliaa perkongsian resipi Mee Kari ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk 10 orang):

2 bungkus kecil rempah kari daging ayam faeza

1 bungkus kecil rempah kari ikan

Bahan B (Kisar):

1 labu besar bawang

4 ulas bawang putih

Udang kering sikit sahaja (Kalau tiada, boleh ganti dengan ikan bilis)

Cili kering yang sudah direbus

(Bancuh bahan yang dikisar bersama dengan 3 paket rempah tersebut)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis daun kari,3 beradik dan serai yang diketuk, lengkuas pun mesti ketuk dan tumis sekali.
  2. Kemudian, masukkan bahan bancuhan tadi dan jika sudah naik minyak masukkan ayam yang dipotong kecik-kecil.
  3. Apabila ayam sudah empuk dan rempah kari pun sudah garing, masukkan air.
  4. Masukkan santan, 2 kotak kecil sudah memadai.
  5. Masukkan fish cake dan kerang yang sudah dikukus.
  6. Akhir sekali, jika rasa semua elok, masukkan tauhu kering yang dipotong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: MomverlouzDish Aliaa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x