Bulan puasa nanti mesti banyak menu yang perlu difikir untuk berbuka kan? Boleh lah cuba menu ini untuk bulan puasa nanti. Mudah dan yang penting, sedap. Mesti bertambah bila makan menu ni. Cukup rasa.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nurul Ateekah perkongsian resipi Telur Dan Tauhu Masak Kicap ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
8 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
1 ketul tauhu (dipotong 6)
1 biji tomato (dipotong)
2 sudu besar ikan bilis (dibersihkan)
7 batang cili padi merah
7 batang cili padi hijau
1 sudu kecil perencah sup
2 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan B (Kisar):
7 batang cili hijau
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak untuk menggoreng telur, minyak hendaklah betul-betul panas dan masukkan telur, masak sehingga 1-2 minit. Angkat atau permukaan telur diluar sedikit garing.
- Tujuan goreng telur adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
- Kemudian, gorengkan tauhu sehingga sedikit garing. Ketepikan.
- Goreng ikan bilis sehingga rangup dan ketepikan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity