fbpx

Jom Buat Resepi Gulai Daging Masakan Kelantan Ini, Nampak Simple Tapi Padu!

iCookAsia

Mesti ramai di sini yang suka makan Gulai Daging kan? Ada pelbagai versi seperti Gulai Daging Terengganu, Negeri Sembilan, Batang Pisang dan buat tanpa menggunakan santan pun ada. Tapi kali ini, Admin nak kongsikan satu resepi Gulai Daging versi Kelantan. Nak tahu macam mana rasanya? Kenalah cuba buat. 

Jom try.

Terima kasih Mama Nurizzmil untuk perkongsian resipi Gulai Daging Masakan Kelantan ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

Minyak untuk menumis

Bawang merah,bawang putih dan halia (hiris atau kisar)

5-6 sudu besar serbuk kari daging (gulai kawah)

3 sudu besar cili kering kisar

Rempah 4 sekawan

Tumis semua bahan dan masukkan garam, asam keping dan gula melaka sehingga masak iaitu pecah minyak.

Bahan B:

1 kg daging

2 cawan santan pekat

Air jika perlu

Masak sehingga daging lembut dan santan juga masak

Cara membuat:

  1. Mula-mula, untuk rempah, gunakan 1 senduk besar rempah kari daging bercampur dengan sedikit rempah kerutuk, 1 sudu besar cili kering yang sudah dikisar dan masukkan 1 cawan air. Kacau sehingga menjadi paste.
  2. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan dan bahan-bahan yang sudah dihiris seperti bawang merah, bawang putih dan halia. Gaul sehingga kelihatan sedikit lembut dan keperangan di tepi.
  3. Kemudian, masukkan paste yang sudah disediakan tadi. Kacau rata bersama bahan yang sudah ditumis tadi. Tambahkan sedikit air bagi mengelakkan ia hangit.
  4. Tambahkan asam keping, garam dan juga gula melaka. Biarkan semua adunan tersebut sehingga mendidih dan pecah minyak.
  5. Seterusnya, masukkan daging yang telah dipotong secara dadu. Kacau rata supaya segala rasa meresap ke daging. Dan biarkan ia sedikit lama supaya daging lembut dan tidak liat untuk dimakan.
  6. Jika air daging sudah keluar, tutup sekejap supaya daging tersebut ambil masa untuk lembut.
  7. Agak-agak sudah lembut, masukkan santan. Boleh masukkan air jika ingin sedikit cair mengikut selera masing-masing. Biarkan ia mendidih.
  8. Akhir sekali, boleh tambah ubi kentang jika mahu. Kecilkan api dan tunggu hingga pecah minyak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mama Nurizzmil(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x