fbpx

Jom Buat Resepi Butter Cake Ini. Mudah Je Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Kalau waktu petang mesti kena ada dessert yang tidak terlalu manis tapi rasanya masih sedap. Apa kata anda cuba buat Butter Cake ini. Cara penyediaan pun mudah sahaja. Mesti puas hati bila dapat buat sendiri.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fatimah Ghazali perkongsian resipi Buttercake ini 🙂

Bahan-bahan:

250 g pure butter (Boleh guna Anchor)

180 g gula kastor

4 biji telur gred A

250 g tepung naik sendiri

1/2 cawan susu full cream

Loyang saiz 8 x 8 inci

Cara membuat:

  1. Mula-mula, putar butter dan gula hingga kembang dan sehingga berubah warna putih. Pastikan speed rendah kepada sederhana dan kepada tinggi.
  2. Jika sudah kembang, masukkan sebiji telur demi sebiji serta diselang selikan dengan tepung naik sendiri. Pastikan speed low sahaja.
  3. Kemudian, masukkan susu.
  4. Putar sebati.
  5. Akhir sekali, tuangkan dalam dulang dan bakar pada suhu 180 c selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak. Jangan lupa untuk panaskan oven terlebih dahulu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatimah Ghazali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x