Kalau buat Bihun Goreng Simple sahaja pun dah sedap untuk makan pagi atau malam. Sedap juga kan. Makan pula dengan keropok lekor atau nuget. Memang bertambah bila makan hidangan ni.
Jom try.
Terima kasih Dapur Biru untuk perkongsian resipi Bihun Goreng Simple ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan-bahan
1/2 paket bihun
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
Serbuk perasa
2 biji telur
Cara membuat:
- Mula-mula, tuangkan minyak.
- Letakkan 1/2 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Kacaukan sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan 2 sudu besar cili kisar. Kacaukan sehingga pecah minyak.
- Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 biji telur dan kacaukan.
- Seterusnya, letak 1/2 paket bihun dan pastikan kacau hingga sebati.
- Tuangkan sedikit air, kicap manis dan gaulkan.
- Masukkan pula serbuk perasa, gaulkan dan siap untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Dapur Biru(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity