fbpx

Jom Buat Puding Kastard, Boleh Buat Makan Malam Nanti

iCookAsia

Sedap kan kalau dapat makan Puding Kastard waktu petang kan, ditemani pula dengan musim hujan sekarang. Dengan rasa yang sedap dan berlemak, memang confirm makan sikit tak cukup.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

Bahan untuk membuat puding (hidangan untuk 4 orang):

10 keping roti 

3 cawan susu rendah lemak

4 biji telur ayam

4 Sudu besar gula pasir

1 Sudu teh esen vanila

4 Sudu besar kismis

Sedikit marjerin untuk disapu pada loyang

Bahan untuk membuat kuah kastard: 

2 cawan susu rendah lemak

3 sudu besar gula pasir

1 sudu teh esen vanila  

2 sudu besar tepung kastard.

Cara membuat:

  1. Mula-mula sapu rata loyang dengan marjerin. Kemudian masukkan roti yang telah dicarik kasar  berselang seli dengan kismis. Ketepikan sebentar
  2. Kemudian, masukkan susu, gula,esen vanilla dan telur  ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut dan sebati.
  3. Selepas itu, tuang ke dalam loyang yang berisi roti dan kismis. Tekan sedikit supaya roti tenggelam dan dapat menyerap bahan-bahan tersebut.
  4. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200 darjah celcius antara 30-40 minit.
  5. Sementara menunggu puding dibakar, sediakan kuah kastard. Masukkan susu, gula, esen vanilla dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau rata. Kemudian masak di atas dapur dengan api yang kecil. Kacau selalu sehingga kuah sedikit pekat. 
  6. Setelah pekat, bolehlah diangkat dan disejukkan. Sedia untuk dihidang bersama puding roti. Selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x