Mesti ramai suka makan Brownies kan? Tapi apa kata anda semua cuba buat mini bite version. Kecil dan mudah untuk dimakan. Mesti anak-anak di rumah suka makan, rasanya sedap pula tu. Boleh buat banyak-banyak untuk makan petang.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Azura Zuera perkongsian resipi Mini Bite Brownies ini 🙂
Bahan-bahan:
50 g minyak
200 g coklat Beryls
50 g butter
100 g gula perang
100 g tepung gandum
2 biji telur
30 g serbuk koko
1 g serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla (Optional)
Cara membuat;
- Mula-mual, kacau gula dan telur sampai gula larut. Pastikan larut baru ia akan jadi kedut.
- Kemudian, gunakan kaedah double boil coklat, minyak dan butter sehingga sebati.
- Campurkan bahan di atas dan kacau lagi sampai sebati.
- Seterusnya, masukkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik yang sudah diayak ke dalam bahan di atas. Kacau lagi hingga likat dan sebati.
- Akhir sekali, bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 150°c mengikut oven-oven masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azura Zuera(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity