Buat hidangan masak lemak udang pun best juga. Makan pula dengan nasi panas dan sambal belacan. Confirm puas hati.
Terima kasih Siti Fadzilah untuk perkongsian resipi Masak Lemak Udang ini
Bahan- bahan:
Udang
Lada padi (Tumbuk halus-boleh juga guna cili yang merah)
Kunyit hidup (Tumbuk halus)
Serai (Dititik)
Santan
Asam keping
Daun kunyit atau daun limau (Dimayang)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan sedikit air dan semua bahan kecuali udang dan santan. Biarkan ia mendidih.
- Kemudian, masukkan kacang panjang dan udang.
- Pastikan ia half cook dan boleh masukkan santan.
- Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang sudah dimayang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Siti Fadzilah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity