Best kan kalau dapat makan Laksa Johor? Biasa kita lunch dengan nasi, apa kata kali ini kita ubah selera makan hidangan ini pula. Sedap tau, dapat lah feeling di pagi raya. Nak buat untuk lunch atau dinner pun sesuai.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Asyura Junaide perkongsian resipi Laksa Johor ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Spaghetti
2 kg ikan sardine atau kembung
300 g udang minyak
300 g isi tenggiri (Optional)
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus spaghetti dengan garam dan sedikit minyak. Selepas direbus, lalukan bawah air supaya proses memasak dapat dihentikan untuk mengelakkan spaghetti terlampau kembang.
- Rebus ikan sardin atau ikan kembung dan asingkan tulang serta kisarkan. Tinggalkan dalam satu atau dua genggam isi supaya kuah laksa ada tekstur. Tuang selepas dikisar dan ditapis.
- Kupas isi dan kulit udang minyak. Rebus dan kisar asing, kulit selepas dikisar pastikan ditapis.
Bahan B (Kisar):
6-7 batang serai
5 biji bawang merah besar
2 inci lengkuas
2 inci halia
15-20 batang cili kering
(Kisar semua sehingga hancur lumat)
Bahan C (Tumis):
1 cawan minyak masak (anggaran)
2 paket kecil rempah kari Babas
1 paket kecil kerisik
Garam
Ajinomoto
Cara membuat:
- Mula-mula, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak sebanyak 2 atau 3 kali. Setiap kali pecah minyak, tambah air. Kemudian masukkan rempah kari bersama bahan perasa.
- Kemudian, jika kuah sudah terbit minyak dan cantik boleh masukkan isi ikan yang dikisar, isi ikan kasar, air tulang ikan, air kulit udang dan juga isi udang.
- Seterusnya, diikuti dengan kerisek dan santan.
- Kuantiti air mesti dijaga, sebab kuah laksa johor mesti pekat mengikut kepekatan yang disukai.
Bahan Ulam:
Taugeh
Timun
Bawang besar
Lobak masin
Limau
Daun kesum
Bahan Sambal Belacan:
2 inci belacan (mesti dibakar hingga naik bau)
Cili merah
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asyura Junaide(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity