fbpx

Jom Buat Laksa Johor Dari Resepi Original Johor Ini, Memang Sangat Menyelerakan

iCookAsia

Laksa Johor merupakan hidangan yang sangat istimewa kerana ia dihidangkan dengan spaghetti dan sambal belacan. Resepi Laksa Johor tidaklah renyah tapi kalau tahu caranya, confirm menjadi!

Bukan itu sahaja, resepi ini juga diambil daripada buku “Recipes Are For Sharing”. Dalam buku ini terdapat lebih dari 200 resepi yang datang daripada kategori yang berbeza. Buku ini juga sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin belajar memasak.

Hidangan untuk 10–15 orang

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 kg ikan parang atau ikan sardin Sepanyol (dibasuh dan dibersihkan)

1.5 liter air

1½ cawan minyak

Bahan B (Perlu Dikisar):

4 biji bawang besar (dikupas dan dipotong)

7 ulas bawang putih (dikupas dan dicincang)

3 cm x 8 cm halia (dikupas dan dicincang)

3 batang serai (dihiris)

300 g udang kering (direndam dalam air panas dan tapis)

Bahan C:

3/4 cawan puri cili 

80 g serbuk kari ikan

1 liter Santan Saji

200 g kerisik 

4 keping asam jawa

2 sudu kecil garam

1½ sudu besar gula

1 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, didihkan air di dalam periuk. Masukkan ikan dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan yang sudah direbus dan buang tulang ikan tersebut. Tapis stok dan ketepikan.
  2. Kisar tulang ikan dengan stok ikan dan tapis ke dalam periuk yang berkuah di atas dapur.
  3. Kisarkan ikan dengan stok yang telah ditapis. Tuangkan lebihan stok ke dalam periuk.  
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang perlu dikisar serta cili puri dengan api yang sederhana hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari dan kacau dengan api perlahan hingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam periuk yang berkuah dan kacau lebih kurang 5 minit.
  7. Masukkan santan sedikit demi sedikit dengan api perlahan.
  8. Masukkan kerisik dan bahan-bahan lain. Tunggu sehingga kuah mereneh dan sebati.

Bahan Sampingan:

2 kotak spageti

3 cawan taugeh (berekor)

2 biji bawang besar (dikupas, dibelah empat dan dihiris halus)

2 biji timun (kulit dikupas dan digulung dan dihiris halus)

1 cawan jeruk lobak

1 cawan daun pudina Vietnam (dibuang batang, dicincang halus)

2 cawan daun selasih Thai (batang dibuang, dicincang halus)

Sambal belacan 

Limau calamansi (dibelah dua)

Cara membuat:

  1. Rebus spageti dalam air masin sehingga pejal dan kenyal. Setelah direbus masukkan ke dalam air sejuk
  2. Simpulkan beberapa helai spageti untuk membentuk bahagian saiz hidangan.

Cara hidangan:

  1. Letakkan 1–2 simpul spageti dalam setiap mangkuk hidangan.
  2. Taburkan bahan-bahan sampingan ke atas spageti, kemudian tuangkan ke atas kuah.
  3. Letak sedikit sambal belacan dan perahan limau nipis.

Nota tambahan:

Jika menghidangkan hidangan dalam kuantiti yang besar, isi pinggan hidangan dengan simpulan spageti. Hidangkan bahan-bahan sampingan secara berasingan dalam hidangan kecil atau dalam pinggan berpetak bulat. Biarkan kuah laksa panas di dalam periuk dengan api yang perlahan.

Boleh dapatkan buku ini di https://bit.ly/3npwJQp

Untuk dapatkan arangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x