Kalau buat hidangan ini dan makan waktu tak sihat memang segar dan sedap rasanya. Nak buat pun mudah sahaja dan hanya memerlukan bahan yang mudah. Kalau dihidangkan pada waktu malam sangat sesuai sambil tengok drama.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Shazakiah Sahaludin perkongsian Homemade Crab Stick With Corn Soup resipi ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang)
Halia (cincang)
Crab stick (carik-carikkan)
Jagung biji
Telur
Kiub ayam
Minyak bijan
Tepung jagung
Air
Daun bawang
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus air dengan bawang putih, halia, kiub ayam, jagung sampai mendidih.
- Kemudian, masukkan crab stick. Sambil kacau, tuangkan telur.
- Biar mendidih dan boleh rasa. Kalau kurang masin masukkan sedikit garam.
- Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau sampai pekat.
- Masukkan minyak bijan dan biar mendidih.
- Akhir sekali, taburkan daun bawang dan boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shazakiah Sahaludin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity