Pernah makan Telur Bungkus? Lagi sedap kalau dapat makan dengan nasi panas. Tak ada lauk lain pun dah best tau. Kalau buat sendiri lagi nikmat, dapat makan banyak. Bukan itu sahaja, nak letak banyak bahan sebagai inti pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ieza Adnan perkongsian resipi Telur Bungkus ini 🙂
Bahan-bahan:
2 keping isi ayam (dipotong kecil-kecil)
1/2 biji bawang holland (dicincang halus)
1 biji tomato (dibuang biji dan didadu kecil)
1/2 paket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu gula
1 sudu kecil perasa ayam (Boleh guna tumix)
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
- Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika, biarkan sehingga isi ayam masak.
- Masukkan hirisan tomato, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.
- Kemudian, perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
- Taburkan secubit garam jika perlu, masukkan perasa ayam, dan gula.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
- Seterusnya, pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
- Letakkan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut.
- Akhir sekali, biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ieza Adnan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity