fbpx

Jom Buat Biskut Nestum, Tak Perlu Tunggu Hari Raya Pun!

iCookAsia

Biasa hari raya pelbagai jenis biskut kita akan jumpa termasuk Biskut Nestum ini.  Tapi buat untuk makan santai pun boleh. Memang sedap tau. 

Terima kasih Intan Syafinaz Ismail untuk perkongsian resipi Resepi Biskut Nestum ini 🙂

Bahan- bahan:
250 g butter
1/2 cawan gula kastor (Kalau nak manis, sukatan biasa 1 cawan)
Mixed hingga sebati dan masukkan,

1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Mixed lagi biar sebati dan masukkan,

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semuanya sekali dan gaul atau uli rata. 
  2. Kemudian, sediakan loyang yang disapu butter untuk elak biskut melekat. 
  3. Kemudian, bulatkan doh kecil-kecil dan gunakan garfu untuk menekan corak.
  4. Akhir sekali, bakar pada suhu 160 darjah celcius untuk masa 15 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Intan Syafinaz Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x