fbpx

Jom Buat Bakwan Rangup Ini, Letak Banyak Sayur Lagi Sedap Tau!

iCookAsia

Anda semua pernah makan Bakwan Sayur Rangup? Bagi sesiapa yang suka makan sayuran, ini adalah hidangan yang perfect untuk anda. Nak buat pun senang sahaja dan lagi sedap dicicah dengan sos pencicah. Nikmat rasanya dapat makan ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Siti Khajar perkongsian resipi Bakwan Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 cawan tepung gandum

1 sudu tepung beras

4 sudu tepung bestari pedas (optional)

1/2 cawan udang geragau kering

1 biji telur (optional)

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Bahan B:

1 1/2 cawan karot sagat

1 1/2 cawan tauge

1 1/2 cawan hirisan kobis

5 tangkai daun kucai

1 labu bawang besar hiris kasar

Lagi banyak sayur lagi sedap

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bancuhkan bahan A dengan air ais. Agak-agak pekat dan jangan cair.
  2. Kemudian, masukkan bahan B dan gaul rata.
  3. Akhir sekali, goreng menggunakan minyak yang banyak.

Bahan (Sos Pencicah):

2 biji lada merah

1 ulas bawang putih

1/2 sudu gula pasir

Tumbuk lumat, kalau tak lumat, boleh tapis.

Cara membuat:

  1. Campurkan kesemua bahan tadi dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Khajar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x