fbpx

Jom Buat Ayam Masak Lemak Cili Api. Guna Bahan Paling Mudah!

iCookAsia

Siapa yang suka makan hidangan Ayam Masak Lemak Cili Api, mesti cuba resepi kali ini. Dengan menggunakan bahan yang mudah saja, memang senang nak buat. Yang suka kepedasan, boleh adjust jadi lagi pedas. Nikmat makan dengan nasi panas.

Jom try.

Terima kasih Aisyah Humaira untuk perkongsian resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ini 🙂

Bahan- bahan:

1 ekor ayam (Dipotong 16 dan cuci bersih)

2 batang serai (Diketuk)

1 kg santan sebab suka pekat dan kuah lebih

1 helai daun kunyit (Dibuang urat tengahnya)

Garam,gula,serbuk perasa secukup rasa

Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yang disukai (anggaran 1-2 gelas)

Bahan kisar:

15 biji cili padi atau mengikut tahap pedas yang disukai

2 inci kunyit hidup

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan ayam, serai, bahan kisar atau tumbuk ke dalam periuk.
  2. Kemudian, kacau perlahan ayam bersama bahan kisar atau tumbuk dan reneh sehingga ayam mengecut. Dengan cara ini baru ayam akan kelihatan cantik kekuningan dan meresap rasa. 
  3. Setelah ayam mengecut atau separuh masak, baru masukkan asam keping, daun kunyit, santan dan sedikit air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai. 
  4. Akhir sekali, biarkan kuah mendidih dan ayam meresap segala perisa. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x