Selalunya untuk sayur, pilihan yang ada untuk digoreng garing sangat terhad. Jadi pilihan yang ada hanya tumis air ataupun goreng kilas. Jadi buat korang yang sudah buntu idea untuk masak sayur, apa kata cuba resipi Syahirah Adnan. Gunakan terung yang dipotong jejari untuk dicelup tepung dan seterusnya digoreng garing. Rasanya macam fries tau.
Bahan yang diperlukan cukup mudah, hanya sediakan tepung bestari dan terung. Potong dan hiris terung nipis ataupun bentuk jejari dan gaulkan bersama tepung bestari. Jangan campurkan air.
Untuk menggoreng, pastikan gunakan minyak yang banyak dan sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, barulah sayuran tidak meresap minyak.
Kredit resipi & foto : Syahirah Adnan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/