Kebiasaannya, yang kongsikan resipi ini datang daripada kaum perempuan kan? Ha, menariknya kali ini ialah perkongsian daripa seorang jejaka. Resipinya pula adalah resipi Kek Batik tanpa menggunakan Telur.
Ada antara kita yang risau kan, kalau guna telur tu tak hanyir ke? Tak perlu risau dah kali ini, ikut sahaja resipi di bawah ini. Confirm nampak menyelerakan!
Terima kasih Jejaka Brownie untuk perkongsian resipi Kek Batik ini 🙂
Bahan-bahan:
Butter 500gm
Susu pekat manis 500gm
Susu full cream 390gm (Cecair)
Milo 200gm
Serbuk Koko 100gm
Biskut Marie 1 kg (Patahkan 4)
Nestum untuk taburan (Optional)
Cara membuat:
- Panaskan kuali api sederhana. Masukkan butter dan biarkan hingga cair.
- Setelah butter cair masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau dalam 5 minit.
- Selepas itu baru masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau menggunakan whisk supaya tidak berketul. Masak hingga adunan menggelegak dan sedikit likat. Matikan api. Masukkan Biskut Marie tadi dan gaul sehingga kesemua biskut tersalut rata.
- Ambil acuan/bekas yang sesuai lapiskan baking paper. Masukkan kek batik dan tekan tekan sikit supaya biskut mampat. Ketebalan kek ikut suka anda.
- Setelah siap masukkan dalam acuan letak didalam peti sejuk dalam 3 – 4 jam. Atau kalau nak cepat letak dalam freezer dalam 2 jam atau lebih. Potong ikut kesesuaian dan taburkan nestum dan bolehlah hidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Jejaka Brownie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/