fbpx

JASMINE Memperkenalkan Bihun Segera Dan Briyani Yang Sedia Dimasak

iCookAsia

Bihun Segera XXL dan PusaCream EZ Briyani dilancarkan

PETALING JAYA, 15 Disember 2022 – Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JASMINE) telah memperkenalkan dua produk baharu; JASMINE XXL Bihun Segera dan JASMINE PusaCream EZ Briyani Meals.

Dalam satu kenyataan, pengeluar beras yang beroperasi di Shah Alam itu berkata, pelancaran ini menandakan satu detik penting bagi JASMINE sebagai langkah pertama memperkelankan produk baharu selain daripada beras dan bihun tradisional.

Semasa majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif JASMINE, Lim Swee Keat berkata rangkaian produk baharu itu dihasilkan untuk memenuhi keperluan semasa pengguna. “Beras JASMINE telah menjadi makanan ruji dalam isi rumah Malaysia selama lebih 60 tahun. Memandangkan pilihan dan cita rasa pengguna semakin berkembang, kami ingin menawarkan produk baharu yang sesuai dengan gaya hidup mereka,” katanya.

JASMINE XXL Bihun Segera dilancarkan dengan dua pilihan perisa asli; Sup Ayam dan Kari Putih Pulau Pinang. Seperti namanya, ia datang dalam hidangan yang lebih besar berbanding dengan jenama lain. “Satu pek sudah cukup untuk memuaskan rasa lapar anda” kata Lim.

Sementara itu, JASMINE PusaCream EZ Briyani Meals adalah lanjutan daripada nasi PusaCream Parboiled Basmathi yang terkenal dari JASMINE. Ia adalah produk sedia untuk dimasak yang didatangkan dengan 400g beras PusaCream Basmathi, pes briyani untuk nasi, dan pilihan pes Ayam Masak Merah atau Kari Ayam. Hanya tambah ayam dan hidangan yang sihat untuk 4 hingga 5 orang boleh siap dalam masa 30 minit.

“Pengguna menghargai kualiti dan kemudahan. Dengan JASMINE PusaCream EZ Briyani, mereka dapat menikmati nasi Basmathi berkualiti tinggi bersama dengan pes lazat yang menjadikan penyediaan hidangan cepat, mudah, kemas dan teratur,” tambahnya. Kedua-dua produk kini boleh di dapati di kebanyakan peruncit terkemuka di Semenanjung Malaysia dan dalam talian melalui e-kedai rasmi JASMINE di Shopee dan Lazada.

Pada masa yang sama, pihak  Jasmine juga telah melancarkan Kempen Tahun Baru Cina yang dipanggil Peraduan Priceless Memories Snap & Menang di mana pengguna boleh memenangi hadiah-hadiah berjumlah melebihi RM38,888. Hanya perlu membeli produk JASMINE minima RM30, muat naik resit dan gambar bersama keluarga di www.priceless.com.my untuk menyertainya. Peraduan ini berlangsung dari 21 Disember 2022 hingga 15 Februari 2023.

Mengenai Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.
Jasmine Food Corporation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat terkemuka dalam pengeluaran dan pengedaran beras di Malaysia dengan produk-produk yang merangkumi beras wangi, beras basmathi, beras putih (import dan tempatan), beras istimewa, beras perang, beras pulut dan bihun yang diedarkan melalui rangkaian pengedar yang komprehensif di seluruh negara, termasuk pasar raya terkemuka, pasaraya, pasar mini dan kedai runcit.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x