Masakan Kam Heong ini sudah tidak asing lagi. Campuran masakan Melayu dan Cina. Pada yang dah biasa atau cuba masakan ini mesti suka. Dan kebiasaanya dimasak bersama ayam. Jarang sekali dibuat bersama kerang. Hmm, apa rasa nya? Jom la cuba di rumah!
Terima kasih Yan Akif untuk perkongsian resipi Kerang Masak Kam Heong ini 🙂
Bahan-bahan:
500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)
5 ulang bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 tangkai daun kari
8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka banyak mana, nak pedas boleh letak lebih sikit)
2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
Minyak sedikit untuk menumis
Bahan kuah (bancuh semua bahan):
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (boleh ganti kicap biasa)
1 sudu besar kicap cair
Garam, air
Cara memasak:
- Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
- Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.
- Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jangan banyak sangat air, cair sangat tak sedap). Perasakan dengan garam dan gula.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yan Akif (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/