fbpx

Jangan Buang Roti Yang Nak Expired Dah. Boleh Cuba Buat Resipi Roti Sedap ni Di Rumah. Senang, Tak Membazir.

iCookAsia

Untuk resipi kali ini, edisi kreatif dan tidak membazir. Sebab apa? Pengguna akaun Facebook ini menggunakan roti yang hampir tarikh luput untuk buat resipi ‘Roti Sedap’. Haa.. nama pun kreatif. Anak anak beliau sendiri yang bagi nama. Memang betul sedap!

Terima kasih Shida Idayu untuk perkongsian resipi Roti Sedap ini 😀

Bahan-bahan:
12 keping Roti (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (potong cincang)
Daun sup (hiris halus)
2 biji telur
2 sudu makan serbuk cukup rasa
Bread crumbs*
2 biji sosej (potong dadu)*

*Dua bahan ini, kalau tak ada pun tak mengapa. Boleh tambah ayam/daging cincang.

Cara penyediaan:


1. Satu kan semua bahan dan kepal-kepal membentuk bulat. Selepas itu, gaul ke dalam bread crumbs.


2. Kalau tak ada bread crumbs, boleh terus goreng. Tetapi, pastikan kepal semua bahan tadi dengan padat untuk elakkan hancur.


3. Goreng sehingga keperengan. Kemudian, roti sedap sedia untuk dihidang bersama sos dan mayonis.

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shida Idayu (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x