Musim PKP ini, para ibu mesti tak menang tangan nak masak kan. Tiap hari nak kena fikir, lauk apa untuk dimasak buat keluarga rumah. Disini, seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan resipi Jemput-Jemput roti yang dibuat menggunakan roti yang hampir tamat tarikh luput. Jom cuba.
Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Jemput-Jemput Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
5 keping roti
½ cawan air
1 biji telur
3 sudu tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
Crabstick/sosej potong kecil
Daun bawang
Cili merah (dipotong dadu)
Serbuk pati ayam
Garam
Cara membuat:
1. Carik-carik roti. Masukkan air. Biarkan 5 minit agar roti kembang.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati. Biarkan 10 minit.
3. Sementara itu, panaskan minyak. Jemput-jemputkan adunan dan goreng hingga keemasan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/