Ha korang, dekat dalam peti tu mesti ada lagi kan lebihan daging masa raya haji haritu kan? Mesti korang buntu macam min taktahu nak masak apa dah dengan “daging”🤣
Takpe jangan risau jom min share resepi Kerabu Daging Bakar confirm lahh lain dari yang lain…
Bahan-Bahan:
0.5 kg Daging Tenderloin
0.1 kg Bawang Merah
0.2 kg Tomato
1 batang Bunga Kantan
0.02 kg Cili Padi
0.01 kg Daun Ketumbar
0.06 kg Sos Cili Thai
0.02 kg Sos Ikan
0.05 kg Limau Kasturi
0.02 kg Cili Merah
0.04 kg Minyak Zaitun
Garam untuk perapan daging
Lada hitam untuk perapan daging
Cara-Cara:
Perap daging tenderloin dengan garam dan lada hitam.
Panaskan daging tenderloin selama 4 minit setiap sisi, biarkan rehat selama 5 minit sebelum dihiris.
Potong semua bahan ini menjadi julienne (bawang merah, tomato, bunga kantan, cili padi & serai).
Untuk sos, dalam mangkuk, campurkan sos cili Thai, garam, sos ikan, jus limau kasturi dan minyak zaitun.
Campurkan daging tenderloin yang telah dihiris, sayur-sayuran julienne dan sos.
Akhir sekali, hias dengan daun ketumbar yang telah dicincang.
Mudahkan? Selamat mencuba!
#iCookAsia #resepidaging #kerabudaging
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/