fbpx

Ini Rahsia Kentang Goreng Kekal Crunchy Walau Selepas Digoreng. Mesti Anak-Anak Berebut Makan.

iCookAsia

Memang susah nak dapatkan tekstur kentang goreng seperti di restoran makanan segera kan? Kalau buat sendiri di rumah, walau selepas digoreng mesti kentang terus lembik.

Jadi sebagai ibu yang sentiasa cuba menyediakan hidangan terbaik untuk anak-anak, Suhaniza Isenen berkongsi rahsia bagaimana menyediakan kentang goreng crunchy.

 

Bahan :

Kentang

Serbuk roti

Tepung serbaguna bestari

Minyak untuk menggoreng

Cara :

  1. Semasa membeli, pilih kentang yang mempunyai permukaan baik dan licin, ia menandakan kentang ini baru dan segar.
  2. Kupas dan potong ikut saiz yang diingini.
  3. Rebus kentang seketika dan jangan terlalu lama. Agak-agak mendidih terus diangkat. Jika hirisan tebal, rebus dahulu, jika tidak boleh abaikan langkah.
  4. Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais selama 5 minit.
  5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
  6. Kemudian gaulkan dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’.
  7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Suhaniza Isenen

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x