Maggi antara makan ‘supper’ atau hidangan pada waktu lewat malam. Paling terkenal di kalangan pelajar apabila lapar semasa melakukan kerja atau assignment. Betul tak? Kalau anda biasa buat Maggie kosong saja, perkonsian resipi kali ini membuat makanan segera ini menjadi lebih meriah dan sedap! Tak rasa kosong dah…
Terima kasih Syazlin Mansor untuk perkongsian resipi Maggie Kari Tumis ini 🙂
Bahan-bahan:
2 bungkus Maggie
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi
Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul bersama rempah maggie.
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
“dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung tu, petua masak sedap katanya.”
3. Masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak. Tunggu hingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukan Maggie dan pecahkan telur. Jangan lupa untuk tutup api.
*kalau anda ada sayur sawi di rumah atau sosej, boleh masukkan di dalam masakan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syazlin Mansor (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/