fbpx

Ini Dia Tips Memasak Mee Hoon Goreng Singapore, Supaya Hasilnya Cantik Dan Tidak Hancur.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak kenal pengguna Instagram ini, memang terkenal dengan perkongsian resipi beliau. Kali ini, beliau kongsikan resipi Mee Hoon Goreng Singapore pula. Tak perlu letak Sos Tiram pun. Bukan itu sahaja, beliau kongsikan juga tips untuk bagi masakan cantik dan tidak hancur.

Terima kasih Yatie Kitchen®️ untuk perkongsian resipi Mee Hoon Goreng Singapore ini 🙂

Bahan-bahan:

3-4 ulas bawang merah kecik

3 ulas bawang putih

1 sudu besar lada putih biji

Cara memasak:

  1. Tumbuk bahan-bahan diatas.
  2. Panaskan minyak. Goreng telur dan letak tepi kuali.
  3. Goreng daging sampai pecah minyak, letak tepi kuali.
  4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  5. Masuk garam, mushroom seasoning.
  6. Masukkan Mee Hoon yang telah direndam, masuk carrot yang telah dihiris halus dan gaul sebati.
  7. Taburkan serbuk lada putih sikit dan lada hitam kasar.
  8. Akhir sekali, masukkan sawi. 

Tips: Semasa menggaul Mee Hoon, gunakan pengepit supaya Mee Hoon cantik tidak hancur.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yatie Kitchen®️ (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x