fbpx

Ini Dia Tips Di Dapur Yang Berguna. Ikut Cara Ini Untuk Cili Kisar Tahan Lama Dan Tidak Senang Berkulat.

iCookAsia

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mencari dan ingin tahu pelbagai tips di dapur dan cara penjagaan yang betul. Dan sudah semestinya lah dalam kalangan ibu-ibu kan. Bukan itu sahaja, mereka juga kalau boleh untuk tidak mengambil masa yang banyak di dapur untuk proses memasak. Jadi, mereka akan menyediakan bahan kisar terlebih dahulu. Tetapi, mesti lah nak yang tahan lama kan?

Haa, disini Admin kongsikan tips di dapur dalam memastiknan Cili Kisar di rumah tahan lama dah tidak berkulat. Kalau berkulat, cilinya banyak lagi, sayang la kan? Membazir. Jadi, jom kita cuba tips di dapur ini. 

Terima kasih Mim Yusof untuk perkongsian tips di dapur ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili kering

Bawang putih

Air tapis

Caranya:
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.

3. Kemudian toskan.
*Tak perlu basuh lagi, cuma tos sahaja. Sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.


4. Biarkan sekejap, agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip, guna air tapis. Juga, bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mim Yusof (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x