Ikan tenggiri memang sedap walau hanya digorengkan? Tetapi kali ini kami ingin kongsikan satu lagi resipi istimewa yang confirm buat semua terliur. Punya rasa pedas dengan sedikit sentuhan rempah kari, kalau makan mesti bertambah nasi.
Terima kasih Laila Aznam atas perkongsian resipi.
Bahan :
Beberapa keping Ikan tenggiri – goreng
Rempah kari ikan (agak-agak)
2 sb Sos tiram
Garam
Kiub ikan bilis – pilihan
Gula
2-3 sb Cili kering kisar
Bahan hiris / tumis :
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Daun kari
Cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga layu dan naik bau.
- Selepas itu masukkan cili kisar dan rempah kari. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
- Masukkan sos tiram dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis. Jika pekat, tambah sedikit air.
- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan kacau perlahan.
- Biarkan mereneh seketika. Tutup api.
- Hidangkan bersama nasi panas, ulam timun jepun, telur asin dan sambal belacan.
Kredit resipi & foto : Laila Aznam
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/