Masakan Ikan Masak Asam ini, memberi rasa masin, masam dan pedas pada kita. Ada sesetengah orang, tak berapa gemar dengan masakan yang masam. Jangan risau, lauk lain ada untuk anda. Tetapi, buat anda yang penggemar makanan masam ditambah pula dengan pedas. Ini dia lauk yang terbaik buat perut anda.
Ada juga yang mengatakan ini adalah lauk orang beranak. Haha, apa-apa pun lauk ini sangat sedap kalau digandingkan dengan sambal belacan. Rasa padu betul!
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Ikan Masak Asam ini 🙂
Bahan-bahan:
3 keping ikan merah
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sdt biji sawi
1 cawan air
1sdm pes asam jawa
Tomato
Cili api
Cara memasak:
1. Potong 2 ikan. Gaul garam dan kunyit goreng dalam minyak yang panas.
*Jangan terlalu garing tau. Agak-agak lembab gitu. Baru sedap kuah dia meresap dalam ikan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan biji sawi. Barulah bertambah wangi.
4. Apabila semua dah agak kekuningan, masukkan air asam jawa yang dah dibancuh tadi. 1 cawan air dengan pes asam jawa.
5. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
6. Masukkan cili.
7. Masukkan tomato ke dalam kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera ya. Biar mendidih sekejap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/