fbpx

Hidangan Roti Pattaya Cheesy Untuk Sarapan Atau Makan Petang. Boleh Kenyang Perut Makan Ni. Sedap Sangat!

iCookAsia

Kebiasaanya, hidangan paling mudah untuk dibuat untuk sarapan adalah Roti Telur. Paling mudah juga untuk kita sediakan bekal untuk anak-anak kesekolah. Tapi tahukah anda, terutamanya para ibu. Ada cara lebih menarik dan sedap untuk membuat Roti Telur ni? 

Seorang pengguna Facebook ini telah berkongsikan cara membuat Roti Telur tetapi versi Pattaya dan mengandungi Cheese dan Inti Tuna. Kalau untuk Inti, anda boleh letak apa sahaja yang anda mahu kan. Nak letak sardin pun boleh. Jom cuba!

Terima kasih Mala Mansor untuk perkongsian resipi Roti Pattaya Cheesy ini 🙂

Bahan-bahan:

Inti tuna dalam tin atau sardin goreng dengan bawang

Mayonis

Sos cili

Cheese keping (optional)

Telur sebiji

Cara membuat:

  1. Sapu inti, sos, mayonis, dan cheese di lapisan roti. Ketepikan dulu.
  2. Pecahkan sebiji telur di mangkuk. Sapukan majerin di frying pan.  Goreng telur seperti dalam gambar. 
  3. Terus letakkan roti diatas telur. Lipat telur supaya membaluti roti.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mala Mansor (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x