Teringin makanan yang enak dan mengenyangkan tapi berkhasiat? Resepi Nasi Yan Yang Dengan Sup Emas atau Golden Seafood Rice Soup ini merupakan menu yang lengkap dengan protein dan sayur. Sangat sesuai untuk dibuat pada musim Chinese New Year ini.
Hidangan sedap, hati pun senang! Jom kita try.
Bahan-bahan:
100g labu kukus
100g udang
100g sotong
50g kacang pis
300g nasi
50g lobak
50g cendawan
Minyak Masak SAJI
1 sudu besar Sos Tiram SAJI
1 sudu besar Kicap Masin SAJI
1/4Â sudu kecil Garam Gunung SAJI
1/4 sudu kecil Gula SAJI
1/4Â sudu kecil lada putih
1/4 sudu kecil minyak bijan
Cara membuat:
- Goreng nasi putih bersama Minyak Masak SAJI hingga keemasan.
- Masukkan minyak bijan, Sos Tiram SAJI dan Kicap Masin SAJI. Seterusnya, masukkan bahagian air dan labu kukus.
- Masukkan nasi nasi putih, sotong, udang, lobak merah, kacang pis dan cendawan. Masak selama 2 minit.
- Taburkan Garam Gunung Putih SAJI dan lada putih.
- Akhir sekali, tuangkan nasi goreng rangup ke atasnya. Sedia untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi: Jia Le Woh(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity