fbpx

Hidangan Lompat Tikam Versi Terengganu. Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk.

iCookAsia

Lompat Tikam ini terkenal pada bulan Ramadan. Tapi tidak salah kalau kita buat sekarang ini kan? Dengan cuaca yang tidak menentu, sedap dan nikmat kalau dapat makan sejuk-sejuk. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau lebih suka lebihkan pada bahagian putih atau santan itu. Rasa lebih berlemak-lemak dan ini resepi tanpa pulut merah. 

Jom cuba!

Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Lompat Tikam versi Terengganu ini 🙂

Bahan-bahan Lapisan Bawah (Hijau):

1 cawan tepung beras

3 cawan air daun pandan (kisar  6-8 helai daun pandan dengan 3 cawan air dan tapiskan)

1 sudu teh air kapur

Pewarna hijau

Bahan-bahan Lapisan Atas (Santan):

1 cawan tepung beras

3  1/2 cawan santan sederhana pekat

1 sudu teh penuh garam halus

Bahan-bahan untuk Air Gula:

2 keping besar gula melaka

1/2 cawan gula merah (tak nak letak pun tak apa)

3-4 sudu besar gula pasir

2 1/2 cawan air

2 helai daun pandan

Cara membuat:

  1. Untuk lapisan Bawah: Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat dan meletup-letup tapi jangan terlalu pekat. Sudukan adunan setengah saja ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan dahulu.
  2. Untuk lapisan Atas: Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat dan meletup-letup tapi jangan sampai terlalu pekat. Sudukan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan. Biarkan keras/set di dalam peti ais.
  3. Untuk Air Gula pula, satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga semua gula cair dan menjadi agak pekat. Tapis dan sejukkan.
  4. Tuang air gula ke atas lompat tikam dan sedia di nikmati sejuk-sejuk dari peti ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x