Ini dia resepi Khas untuk orang Pantai Timur, Gulai Ikan Tongkol. Atau orang pantai timur panggil Gulai Ikan Aye. Yang istimewanya masakan ini, ianya penuh dengan rempah. Macam masakan kari juga. Kalau dimakan bersama nasi putih sahaja pun sudah memadai. Kenyang perut.
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Gulai Ikan Aye atau Tongkol ini 🙂
Bahan A
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering kisar
Bahan B
3 sudu besar ketumbar (kisar halus)
1 sudu besar jintan manis (kisar halus)
1 sudu besar serbuk kari ikan
Bahan C
Ikan Aye/ tongkol
*direbus bersama asam keping, garam kasar dan sedikit belacan (pilihan)
Bahan D
santan
garam
lada hijau
Cara memasak:
- Kisar kesemua Bahan A dan tumiskan sehingga agak garing.
- Masukkan Bahan B. Kacau perlahan seketika dan masukkan santan.
- Bila dah mendidih, masukkan ikan.
- Jika kurang garam, boleh ditambah dengan sedikit lagi garam. Masak hingga likat.
- Masukkan cili hijau. Kacau sekejap dan angkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/