fbpx

Hidangan Ikan Siakap Masak Asam, Sesuai Untuk Ibu Berpantang. Sedapnya!

iCookAsia

Bila sebut menu yang sesuai untuk Ibu yang sedang berpantang ini, pasti hidangannya sihat-sihat belaka. Yang sihat tapi kurang menyelerakan. Maklumlah, perlu jaga makan betul-betul. 

Tapi perkongsian resepi kali ini nampak sangat menyelerakan. Yang penting, menggunakan Ikan Kayangan tapi harga murah-murah je. Yang tidak berpantang pun, Admin pasti anda nampak terliur dan nak cuba lauk ini. 

Terima kasih Faizah Husain untuk perkongsian resipi Ikan Siakap Masak Asam ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan siakap (separuh)

2 cawan air (dikisar bersama sebiji buah oren, sedikit pes asam jawa dan 3 biji kurma)

Halia *

Bawang putih *

Bawang besar *

Tepung jagung

Garam

Biji sawi

Sesudu minyak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Goreng ikan yang sudah dilumur garam, kunyit dan sesudu tepung jagung. Angkat dan ketepikan.
  2. Hiris bahan bertanda (*). Lagi banyak lagi sedap.
  3. Tumis bahan hirisan hingga kekuningan dan masukkan biji sawi. 
  4. Masukkan air yang dah dikisar bersama sebiji oren dan  sedikit pes asam jawa. Masak hingga kuah mendidih. 
  5. Kemudian, bancuh tepung jagung dan tuang dalam kuali. Perasakan dengan garam dan sedikit gula perang.
  6. Selepas itu, curah kuah di atas ikan yang siap digoreng.

Nota ilmu:

*Halia dan bawang putih sangat elok dimakan oleh ibu berpantang untuk keluarkan angin dari badan.

*Asam jawa untuk lancarkan pencernaan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Faizah Husain (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x