Ada peminat buah Prune di sini? Kalau rasa tak larat nak habiskan buah Prune sebab nak tukar selera buah lain, boleh berjimat dengan membuat Muffin Prune. Baru lah boleh tukar selera dengan tenang, tidak membazir.
Jom cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, iaitu Muffin Prune. Biasa dengar Kek Prune je kan? Kali ini kita buat Muffin pula. Yang penting, dalam membuat Muffin ini, adunan tidak perlu dipukul kuat sangat ya.
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Muffin Prune ini 🙂
Bahan-bahan:
2 biji telur (dipukul sekejap)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
1/3 cawan gula kastor
60 gm butter yang telah dicairkan
130 gm prune (dihiris kasar)
1 sudu makan coco powder
Secubit garam
Cara membuat:
- Panaskan oven pada suhu 200°c. Sediakan paper cup dalam muffin tray.
- Ayak tepung naik sendiri ke dalam bekas dan masukan koko / garam.
- Campurkan gula dan prune ke dalam tepung tadi. Gunakan whisk untuk menggaulnya sebentar sahaja.
- Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
- Tuang bahan basah kebahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
- Sudukan adunan ke dalam paper cup dan bakar selama 20 – 30 minit .
*Kalau buat muffin sekadar kacau-kacau manja, tak perlu pukul sampai kembang sangat.
*Resepi ini menggunakan cawan sukatan matrik. Cawan biasa yang sedang besar boleh juga guna.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos