Sebagai seorang perempuan mahupun lelaki, mesti kita sangat mengambil berat tentang diri sendiri terutamanya bahagian muka. Mungkin ada antara anda semua yang nak tahu macam mana cara nak hilangkan parut jeragat?
Jom Admin share cara nak hilangkan pudar parut jeragat hanya dengan menggunakan dua bahan dapur sahaja iaitu Lemon dan Ubi Kentang.
Terima kasih Zana Mokhtar untuk perkongsian tips Untuk Hilangkan Pudar Parut Jeragat ini 🙂
Bahan-Bahan:
Lemon
Ubi kentang
Manfaat-manfaat:
- Kentang ni sangat tinggi oksidan jadi dia mampu untuk pudarkan jeragat. Bukan itu sahaja kentang ni bagus juga untuk dark circle bawah mata tu tau. Kalau selalu guna dan letak bawah mata memang hilang dan rasa segar sangat.
- Kemudian, lemon pula bertindak sebagai agen pencerahan kulit yang bagus jadi ia bertindak untuk menjadi peluntur kepada bintik bintik jeragat tersebut.
Cara-cara:
- Pertama sekali, kentang tu bersihkan betul-betul dahulu dan kisarkan ia sehingga halus kejadiannya
- Kentang yang sudah dikisar tadi kemudian dicampurkan dengan perahan lemon. Gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan dalam bekas kiub ais dan simpan ke dalam peti beku.
- Bersihkan dulu wajah supaya kiub masker kentang ini dapat bertindak bagus dalam kulit.
- Seterusnya, ambil seketul kiub masker kentang itu dan sapu pada keseluruhan wajah terutama dekat kawasan jeragat banyak sehingga kiub itu cair.
- Pastikan untuk sapu dengan lembut tau dan jangan sapu dalam keadaan kasar dekat muka tu pula.
- Selepas itu, dah boleh bilas dengan air bersih.
- Boleh pakai setiap hari. Seeloknya pakai sebelum nak tidur.
Pastikan untuk pakai dengan konsisten untuk mendapatkan hasil yang bagus.
Semoga bermanfaat untuk anda semua 😉
Kredit tips dan gambar: Zana Mokhtar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos