fbpx

Gulai Lemak Ikan Tongkol Bersama Kunyit Dan Lengkuas. Makan Dengan Budu Dan Ulam, Gerenti Tambah 2 Pinggan

iCookAsia

Walaupun hanya menu simple, namun masak gulai lemak ikan tongkol bersama kunyit dan lengkuas ini bukan boleh buat main, sekali hadap confirm berpinggan nasi bertambah, nak-nak kalau ada budu dan ulam.

Terima kasih Azizah Daud atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 ekor Ikan tongkol sederhana besar – potong ikut suka. Rebus dengan asam keping, garam dan gula secukup rasa.

1/2 kilo Santan pekat

 

Bahan kisar :

10 biji Cili kering

2 biji Bawang merah besar

2 ulas Bawang putih

2 cm Lengkuas

3 cm Kunyit hidup

Cili merah hijau dan cili padi

 

Cara :

  1. Campurkan santan pekat dengan lima gelas air dan masak sehingga mendidih. Masukkan sudu supaya tidak meruap.
  2. Simpan setengah gelas untuk bahan kisar. Kisar bahan-bahan dengan santan supaya cantik dan tidak bergentel.
  3. Apabila santan tadi sudah mendidih, masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  4. Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan mereneh.
  5. Masukkan ikan yang sudah direbus tadi bersama kuahnya dan renehkan lagi sehingga naik minyak dan berkilat.
  6. Masukkan cili api merah dan cili api hijau. Makin lama direneh, makin cantik kuahnya.

Kredit resipi & foto : Azizah Daud

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x