fbpx

Gulai Ayam Masak Minang, Pedas Dan Sedap Melekat.

iCookAsia

Bau Gulai Ayam Masak Minang ini daripada jauh pun sudah mampu membuka selera. Adunan rempah dan bahan-bahannya membuatkan gulai cukup sempurna tahap pedas, pekat dan keenakannya.

Terima kasih PinkCess Muhsin atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

2 ekor Ayam – potong 12 atau 14. Lumurkan dengan kunyit dahulu.

2 helai Daun kunyit

3 helai Daun Limau purut

2 batang Serai – diketuk

10 sb Minyak (Utk Tumis Bahan Yg diblend)

200 ml Santan – Kara

 

Bahan tumis :

15-20 biji Cabai hidup – buang biji

5 biji Cabai Melaka merah

1 biji Bawang besar

7 ulas Bawang putih

2 cm Halia besar

3 cm Lengkuas

3 biji Kemiri / Buah keras

1 sk Biji ketumbar – serbuk pun boleh

 

Cara :

  1. Goreng dahulu bahan tumis, kemudian baru dikisar atau ditumbuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata sehingga sebati.
  4. Masukkan santan dan air. Gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa jika suka.
  6. Kecilkan api dan masak sehingga ayam empuk.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : PinkCess Muhsin

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x