fbpx

Gabungan Resepi Orang Tetapi Diolah Sendiri. Kek Red Velvet Kurang Manis. Ngap Sekali Pasti Nak Tambah Lagi.

iCookAsia

Ada yang hantu Red velvet disini? Haa… siapa sangka ada juga yang buat kek red velvet cream cheese kurang manis ya. Boleh jadi kan aktiviti bersama roommate atau keluarga ni, buat kek ini. Confirm seronok!

Terima kasih Noorul Izzah Marzuki untuk perkongsian resipi Kek Red Velvet ini 🙂

Bahan-bahan:

2 ½ cawan all-purpose flour

1 sudu kecil garam

2 sudu besar cocoa powder

1 ⅓ cawan vegetable oil

1 cawan buttermilk – suhu bilik (atau 1 sudu besar jus lemon + 1 cawan susu)

2 sudu besar red food colouring

1 sudu kecil vanilla extract

2 biji telur gred A – suhu bilik

1 ¼ cawan gula kastor (boleh kurangkan)

1 sudu kecil white distilled vinegar

1 sudu kecil baking soda 

Lapisan Cheese Marble (resepi diolah sendiri):

500 g cream cheese (sebab buat dua adunan)

½ cawan icing sugar

2 biji telur

1 teaspoon vanilla extract

Cara membuat:

  1. Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
  2. Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
  4. Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk di mulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  5. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci. Saya guna 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  7. Untuk cheese marble, masukkan cream cheese, gula, telur dan vanilla ke dalam mixing bowl. Gaul sebati guna mixer. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan atas pan yang telah diisi dengan adunan kek tadi. Saya ratakan adunan cheese dengan masukkan dalam piping beg dan ratakan atas adunan kek. Saya simpan sikit adunan kek dalam 1-2 sudu, untuk titikkan atas adunan cheese dan gunakan lidi untuk lorekkan corak marble.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing. 
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noorul Izzah Marzuki (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x