Apabila dibelek-belek buku resipi yang tersimpan, tanpa kita menyangka tersingkap beribu rahsia dunia masakan yang selama ini tersembunyi di sebalik kebiasaan. Iyalah, orang sukakan benda biasa, jarang mahu cuba sesuatu yang baru. Tidak kena dengan tekak kata mereka.
Janganlah hadkan deria rasa, belum cuba belum tahu. Macam resipi Fish Head Noodle Soup ni. Melihatkan pelbagai bahan yang diadun bersama, membuatkan otak ligat berputar, bagaimana agaknya rasa dalam gigitan pertama. Sekali rasa, WOW…cukup menakjubkan. Habis licin kuah. Silap-silap bakal menjadi hidangan wajib hujung minggu.
Bahan :
350 g Ikan kerapu – bahagian kepala dan isi
1 sb garam
1 cawan tepung jagung
250 g mehun – dicelur
1 helai jeruk mustard hijau – potong panjang
50 g halia muda – hiris nipis
3 ulas bawang putih
2 biji tomato – potong wedges
1 genggam lettuce
3 biji jeruk plum – hancurkan
Minyak ADELA GOLD untuk deep frying
2 sk minyak bijan
1 liter stok ikan
¼ susu cair
Hiasan :
1 batang daun bawang – potong
1 batang daun ketumbar – potong
Cara :
1. Untuk membuat stok ikan, simpan tulang ikan dan rebus di dalam 1.2 liter air bersama garam dan halia. Didihkan sehingga 15 minit dan ketepikan.
2. Perap ikan dengan garam, lada sulah dan tepung jagung. Simpan di dalam peti ais.
3. Sediakan campuran sos, tumis halia dan bawang putih dengan 1 sudu besar ADELA GOLD
4.Tuang ke dalam stok ikan, masukkan jeruk plum, jeruk mustard, tomato dan didihkan selama 10 minit.
5. Ketepikan jeruk mustard, halia, bawang putih dan jeruk plum.
6.Masukkan susu cair, minyak bijan dan perasakan dengan garam. Masak menggunakan api perlahan.
7. Dalam masa yang sama, panaskan minyak dengan ADELA Gold untuk menggoreng ikan sehingga kekuningan.
8. Susun semua bahan dengan meletakkan mihun, ikan, tomato, lettuce dan tuangkan kuah sup tadi. Hiaskan dengan daun bawang dan bunga ketumbar.
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.my/