fbpx

English Scones Bersama Kismis

iCookAsia

Sesekali apa kata kita tukar selera daripada kuih tradisional kepada scones. Untuk resipi kali ini, scones diadunkan bersama kismis dan digandingkan bersama jem strawberi sebagai pelengkap.

Cukup mudah dan tidak renyah menyediakannya.

 

Bahan-bahan:

Kismis – 150g

Marjerin SERI PELANGI – 180g

Tepung penaik – 500g

Serbuk penaik – 2 sudu kecil

Gula – 1 sudu besar

Telur – 2 biji

Susu segar – 4 sudu besar

Jem Strawberi

 

Cara membuat:

1. Masukkan marjerin, tepung penaik, serbuk penaik, madu, telur dan susu ke dalam mangkuk. Gaul sehingga ia menjadi adunan.

2. Masukkan kismis dan kacau bersama adunan.

3. Taburkan sedikit tepung di permukaan, ulikan adunan hingga setebal 2 cm.

4. Tekapkan dengan acuan berbentuk bulatan dan letakkan di atas ‘baking sheet’.

5. Panaskan ketuhar dengan suhu 200c, sapukan telur pada permukaan atas doh

6. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit sehingga doh kembang naik berwarna keemasan.

_____________________________________

Easily buy kitchenware online !:

1. Essential Cookware: http://bit.ly/2LbJVVL

2. Electric Oven : http://bit.ly/2ZXEiS5

3. Pressure Cooker: http://bit.ly/russeltaylorpc

4. Air Fryer: http://bit.ly/36gcxX2

5. Induction Cooker : http://bit.ly/2QlRgG0

Want to be featured in our video?

email us at partner@icookasia.my

—————————————-

Visit iCookAsia for more recipes: https://icookasia.my for more recipes.

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/

Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Twitter: https://twitter.com/icookasia

——————–

for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x