Penggemar roti wajib cuba resipi Roti Cream Cheese ni. Selain menggunakan bahan yang mudah, proses membuatnya juga tidak renyah, hanya uli menggunakan tangan sahaja.
Bahan :
6 cawan Tepung gandum
1 pek Yis
1 sk Garam
1 sb Gula – boleh tambah jika suka manis
1 cawan Air suam
1 biji Telur
1 cawan Susu segar
1/2 cawan Minyak
Cara :
- Semua bahan diuli menggunakan tangan, jadi pastikan tangan bersih.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga menjadi doh. Jika lembik, tambahkan tepung.
- Uli sampai bulat dan adunan tidak melekat pada jari. Rehatkan doh selama 20 minit dan tutup bekas.
- Selepas doh kembang, bahagikan doh. Dan rehatkan lagi sekali sehingga doh kembang dan mampat.
Bahan Cream Cheese :
2 biji Telur
200gm Cream Cheese
2 sb Minyak
Cara :
- Dalam bekas lain, kacau semua bahan sehingga tidak berketul.
- Tuang sama rata ke atas doh dan boleh letakkan kuaci atau apa sahaja yang disukai.
- Bakar pada suhu 160c selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
Kredit resipi & foto : Puan Ana
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/