Hidangan popia sira ini paling mudah untuk dapat di gerai tepi jalan pada waktu pagi. Memang ini lah hidangan sarapan masyarakat Malaysia. Tetapi itu bentuknya seperti Popia biasa.
Untuk resipi kali ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan idea untuk dibuat niaga. Popia Sira tetapi versi kudap-kudapan. Ini, kalau dijual memang pasti dapat sambutan. Sebab, ini hidangan yang orang akan dapatkan untuk dinikmati pada waktu lapang. Lebih-lebih ketika menonton TV atau movie. Betul tak?
Terima kasih Afiz Azura untuk perkongsian resipi Popia Sira ini 🙂
Bahan-bahan:
Sepeket kulit popia (50 helai)
*gulung-gulung kemudian gunting menyerong
*goreng kulit popia hingga garing
Bahan sira:
5 sudu besar cili boh / cili kisar
6 sudu besar sos cili thai (sebab sudah rasa bawang putih)
5 sudu besar minyak masak
6 sudu besar gula (boleh kurangkan)
Daun kari (tak nak letak pun tak apa)
Biji bijan
Caranya:
- Campurkan semua bahan sekali. Masak atas api perlahan sehingga berbuih dan pekat.
- Masukkan popia dan gaul sekata.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Afiz Azura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/