Hidangan Cendol kebisaannya kita akan dapatkan di gerai tepi jalan. Memandangkan negara kita telah melaksanakan total lockdown dan banyak yang tidak dapat beroperasi, diikuti dengan tempoh masa yang singkat sahaja boleh beroperasi. Ia membuatkan kita juga susah kalau teringin Cendol ini.
Jangan risau, inilah masanya untuk menunjukkan skill memasak anda pada keluarga. Buat kelainan pada resepi Cendol. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau begitu kreatif untuk mengubah Cendol kepada Cendol Keladi. Bukan itu sahaja, ditambah juga dengan resepi Kuih Lepat Cendol yang terdapat inti kacang merah. Kreatif betul!
Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Cendol Keladi dan Kuih Lepat Cendol ini 🙂
Resepi Cendol Keladi
Bahan-bahan:
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 sudu teh air kapur
Perisa keladi
Pewarna ungu
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara membuat:
- Mix semua kecuali daun pandan. Kacau atas api yang perlahan hingga pekat dan meletup-letup.
- Sediakan air sejuk atau air ais. Adunan ditekan, dengan acuan. Kalau tiada acuan, boleh guna acuan muruku/acuan roti jala atau plastik putih.
Resepi Kuih Lepat Cendol
Bahan-bahan:
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung honkwe
4 1/2 cawan santan
3/4 cawan gula
Sedikit garam
Daun pandan
Cara membuat:
- Mix tepung santan tapis dan kemudian masukkan gula garam.
- Masukkan daun pandan dan kacau atas api hingga pekat.
- Bungkus seperti membuat lepat pisang. Setelah selesai, masuk ke dalam peti ais.
*Boleh juga ditambah kacang merah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos