Dipanggil kek orang lama mungkin kerana bahan yang digunakan sangatlah basic untuk membuat kek marjerin. Betul tak? Tak leceh sangat proses nya. Bahan hiasan pun hanya menggunakan chocolate chips dan chocolate rice. Bahan yang senang untuk di dapatkan. Haa.. apa tunggu lagi? Jom cuba!
Terima kasih Rohimatul Mat Yussuf untuk perkongsian resipi Kek Marjerin Chocolate Rice ini 🙂
Bahan-bahan:
250g marjerin/planta/butter (“Saya menggunakan marjerin puteri”)
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu krimer
1 cawan susu kotak dutch lady (tidak kesah jenama apa pun)
2 ½ cawan tepung gandum
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
Esen vanilla
Cara membuat:
- Putarkan marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur satu per satu putar hingga sebati.
- Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan susu cair tadi sehingga habis. (mula dengan tepung dan habis juga dengan tepung. Saya terus putar dgn mixer je)
- Masukkan coklat rice/coklat chips. Kaup, balikkan dan sebatikan.
- Masukkan ke dalam loyang bakar pada suhu 180°c selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. Api atas bawah. (Kalau nak pelbagai warna, asing kan ke dalam bekas lain dan tambahkan pewarna. Kaup dan balikkan hingga warna sekata).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rohimatul Mat Yussuf (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/