fbpx

Dessert Yang Simple, Mudah Dan Sedap Rasanya. Sagu Gula Melaka. Mesti Cuba Tau!

iCookAsia

Tak lengkap lah kalau tak ada dessert kan untuk makan petang? Apa kata anda cuba sahaja buat resepi Sagu Gula Melaka ini. Yang penting, rasanya sangat sedap tau. Nak buat pun mudah dan menggunakan bahan yang simple sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurbazlyn Husna perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

200 g sagu

2 ketul gula melaka

2 sudu besar gula perang

Air

Susu cair

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebuskan dahulu sagu dengan air sehingga masak sebati. Kalau tidak masak lagi tapi sudah pekat, tambah air lagi sampai sagu masak sepenuhnya.
  2. Kemudian, selepas sagu masak, toskan sambil basuh dengan air nak bagi sagu tidak melekat dan tambahkan sedikit sirap nak bagi warna cantik. Selepas itu, letak dalam peti ais sekejap bagi sejuk.
  3. Untuk air gula melaka, panaskan 3 cawan air ditambah dengan 2 ketul gula melaka dan 4 sudu besar gula perang. Panaskan dan apabila sudah menggelegak dan air gula melaka sudah pekat sikit-sikit, tutup api.
  4. Akhir sekali, boleh hidangkan. Letak sagu dalam bekas, air gula melaka dan curahkan susu cair. Kalau nak lagi sedap, boleh letak ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurbazlyn Husna(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x