Setiap kali lepas makan mesti kene ada dessert kan? Baru best dan nikmat rasanya. Admin nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan simple sahaja, tapi rasanya sangat sedap. Anda semua bolehla cuba buat Dadih ini tau selepas ini.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nur Haziqah perkongsian resipi Dadih ini 🙂
Bahan-bahan:
150 gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Resepi ini dibuat manis sedang-sedang)
20 gm serbuk agar-agar (Boleh guna cap bunga raya)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 liter susu segar atau susu kotak
500 ml air
Perasa (Boleh sahaja nak guna perasa apa pun)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.
- Api slow sekejap sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.
- Kemudian, apabila agar-agar sudah larut tapiskan. Jika sudah tapis masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak dah lepas masukkan susu.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan. Boleh buat tiga flavor. Susu yang plain, cocoa dan nescafe. Mengikut kesukaan masing-masing. Kalau guna nescafe ini, masukkan half packet sahaja.
- Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.
- Akhir sekali, jika sudah sejuk, tutup cup dan masukkan ke dalam peti asi dalam 1 hingga 2 jam. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Haziqah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity