Kalau makan petang mesti nak ada something yang manis dan sedap kan? Apa kata cuba buat resepi cheesecake ini, kalau dapat buat sendiri lagi best. Sedap pula tu. Lagi lengkap jika ada kopi.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ina Afiq perkongsian resipi Cheesecake ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
(masak semua dengan api perlahan sampai tak berketul)
150 g Cream cheese
100 g susu cair
50 g butter
Bahan B:
(Putar semua sampai soft peak)
6 biji putih telur
1/2 sudu kecil cream off tartar
100 g gula castor
Bahan C:
(Campur semua sampai sebati guna spatula)
6 biji telur kuning
100 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan oven dulu suhu 180 masa 10 minit.
- Campurkan bahan C dengan bahan A. Kemudian, kaup balik bersama bahan B. Jangan lebih 20 kali kaup balik.
- Hentak-hentak loyang untuk keluarkan angin selama 2 hingga 3 kali.
- Akhir sekali, bakar suhu yang sama selama 1 jam guna tingkat bawah sekali dan kaedah waterbath.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ina Afiq(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity